Perkembangan dan peningkatan geraf penganjuran aktiviti dalam Festival Kuala Lumpur juga telah memberi impak kepada satu lagi festival yang membuka tirai bulan Julai iaitu Festival Muzik Kuala Lumpur. Festival ini telah bermula sejak tahun 2005 lagi di mana pada waktu tersebut, terdapat tiga komponen utama yang menjadi teras Festival Muzik Kuala Lumpur 2005 iaitu Pertandingan Bakat Muda Muzik Malaysia, Persembahan Utama di Istana Budaya dan Persembahan Bergerak yang didakan di Sungei Wang Plaza, Pasar Seni, BB Park dan Berjaya Times Square.
Antara kumpulan-kumpulan yang terlibat adalah Aseana Percussion Unit, Steve Thornton Quartet, Kopratasa, Alonso & Jazz Latino, Hands Percussion Team, Prana, Adam Farouk, Tuku’ Kame’, Farid Ali Mr. Gambus Band dan Amir Yusof.
Festival Muzik Kuala Lumpur 2006 menyuntik sedikit pembaharuan dengan penglibatan ramai pemuzik luar negara dan Malaysia selain mensasarkan kepada persembahan utama di Istana Budaya, Bengkel di Akademi Seni Kebangsaan Konsert Gala sebagai penutup tirai. Antara artis yang terlibat adalah Mohram, Varna, Aseana Percussion Unit, Temple of Fine Arts, Professional Culture Centre, David Gomes, KLMF Selection, Farid Ali, Kumpulan Kulintangan Beufort, Sabah, The Idea of North (Australia), Saharadja (Indonesia), Chung Myung Arts Troupe (Korea) dan Chie Hanawa (Jepun).
Antara persembahan istimewa Steve Thornton dlm Kl Music Festival .
Mulai 2007, Festival Muzik Kuala Lumpur menetapkan sasaran untuk Persembahan Konsert setiap malam di Istana Budaya. Antara artis dan pemuzik terlibat adalah Zainal Abidin & KL Music Fusion, Hazami, Sean Ghazi, Syafinaz Selamat, Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Koir Kebangsaan. Manakala penglibatan pemuzik dan artis antarabangsa terdiri daripada Krakatau (Indonesia), Yilana (China) dan John Kaizan (USA).
Festival Muzik Kuala Lumpur 2008 pula, lima (5) konsert telah diatur mengikut tema bagi setiap konsert. Antaranya Konsert Seniman Negara Datuk Dr. Ahmad Nawab, Konsert Muzik Sejagat (World Music), Konsert Ruhani, Konsert Suara Emas dan Konsert Klasikal Orkestra Simfoni Kebangsaan. Penglibatan lebih ramai artis dan pemuzik tempatan menandakan peningkatan dan perkembangan meluas industri muzik tempatan seperti Datuk Dr. Ahmad Nawab, Man Kidal, Syafinaz Selamat, Karen Kong, Raihan, Vishwa Mohan Bhatt (India), Steve Thornton dan pemuzik violin dari Belanda-Simone Lamsma.
Sementara itu, untuk tahun 2009 yang lepas, enam (6) konsert mengisi slot Festival Muzik KL 2009 dengan pelbagai lagi genre muzik meliputi pop, indie, muzik sejagat (world music), keruhanian, irama etnik kontemporari malaysia hinggalah lagu-lagu popular malar segar dan nostalgia 70 an ke 80 an. Penglibatan artis termasuklah YBhg. Datuk Dr. Ahmad Nawab, Jamal Abdillah, Anuar Zain, Azlina Aziz, Koir Kebangsaan, Man Kidal, Steve Thornton, Meet Uncle Hussein, Ustad Sultan Khan –pemuzik sarangi antarabangsa, Rabbani, Mohram, Farid Ali, Sambasunda (Indonesia), Samuel J. Dass, Hands Percussion Gamelan Team, Jerry Kamit, Asika, Zaleha Hamid, Halil Chik, Azian Mazwan Safuan, Endang S. Taurina, Ernie Djohan, Eddie Silatongga dan Tommy J. Pisa.
Pengisian FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2010
Bagi meneruskan tradisi sejak mula festival ini diadakan bermula pada 1 Julai 2005 yang lalu, Festival Muzik Kuala Lumpur yang masuk tahun keenam (6) penganjurannya pada 2010 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan sebagaimana lazimnya menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai Festival Kuala Lumpur 2010. Semenjak penganjurannya pada tahun 2005, Festival Muzik Kuala Lumpur telah berjaya menarik hampir 24, 592 orang pengunjung dan peminat seni muzik tanahair dan khususnya peminat dari negara jiran berdekatan.
Sambutan orang ramai semasa KL Music Fest di Istana Budaya 2
Justeru, pada tahun ini Urus Setia merencanakan beberapa konsert bagi seluruh pencinta muzik tanahair melalui Festival Muzik Kuala Lumpur 2010. Memandangkan festival ini mula menjadi acara tahunan Kuala Lumpur yang ditunggu oleh masyarakat kota yang sebahagian besarnya terdiri daripada generasi muda Malaysia, JKKN selaku Urus Setia seboleh mungkin ingin mengisi ’kehausan’ masyarakat yang cintakan pelbagai jenis muzik melalui penganjuran dan penajaan dari pelbagai pihak penaja yang sudi mengisi slot pada tahun ini. Selain itu, pemilihan tahun ini bukanlah menidakkan genre muzik lain yang tidak mengisi slot pada tahun ini, tetapi sebaliknya berusaha untuk mengetengahkan muzik yang dieksperimentasi dengan elemen tempatan. |